Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.
Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.
"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.
"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.
"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.
KDN dalam sidang medianya hari ini mengemukakan hujah mengaitkan Mohamad dengan Syiah, antaranya dakwaan berselawat seperti penganut mazhab itu dan mengagumi pemimpinnnya Ayatullah Khomeini.