Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Anwar paling layak diumpamakan seperti Mandela

Naib presiden PKR N Surendran berkata tokoh Malaysia yang paling layak diumpamakan seperti tokoh anti perkauman Nelson Mandela adalah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Anwar merupakan pemimpin Melayu pertama yang memecahkan tembok perkauman dan membentuk kerjasama politik antara kaum.

NONE"Buat kali pertama, kita mendapat ahli politik Melayu dengan kewibawaan kebangsaan dalam diri Anwar, yang berulang kali menyatakan 'jangan lihat warna kulit rakyat, tapi lihat keperluan mereka',” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, MP Padang Serai itu berkata ia menjadi intipati mesej Anwar sejah bertahun-tahun lamanya.

Surendran berkata, mesej berkenaan berjaya memecahkan cengkaman kaum Umno dan BN.

"Dalam konteks ini, perjuangan Anwar selari dengan perjuangan Nelson Mandela untuk menghentikan politik perkauman,” katanya.

Tambahnya, Anwar juga berulang kali menyebut bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memburu pemimpin BN selepas berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

"Akan ada suruhanjaya kebenaran dan perdamaian seperti di Afrika Selatan. Perjuangan ini bukanlah mengenai balas dendam tetapi untuk menyelamatkan negara,” katanya.

Katanya, seperti juga Mandela, Anwar turut dikurung atas tuduhan yang diada-adakan dalam konspirasi politik untuk menamatkan karier politiknya.

Kerajaan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS