Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO | 2.55 min

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu tidak pernah bersikap rasis, malah bersikap adil untuk semua kaum dalam mempertingkat keseimbangan dan berkongsi kekayaan.

Katanya lagi, demi keadilan sosial dan keadilan jangka masa panjang, ekonomi Melayu dan Bumiputera mesti ditingkatkan kedudukannya.

"Jangan apologetik ini hak kita. Kita mesti laksanakan dan tidak menafikan hak orang lain.

"Bila masa semasa Dasar Ekonomi Baru, adakah mereka (kaum bukan Melayu) terpinggir, rezeki terputus. Terbukti Umno adil kepada semua kaum.

"Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua... Saya minta kita sama-sama maju ke depan supaya teraju (negara) dipegang oleh Umno," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno petang ini

Menurutnya lagi, bawah kepimpinan Umno, orang lain akan mendapat kesaksamaan, tetapi mendakwa bawah kepimpinan pentadbiran lain, iia tidak pasti.

"Apa yang kita fikir akan memperkukuhkan perpaduan nasional, dan visi kita apa? Kita nak tranformasi negara kita jadi negara maju... Bawah Umno kita mahu (capai) negara maju, negara Islam yang cukup progresif.

"Sebab itu kita perlu ada hala tuju yang jelas, visi yang terang, bahawa kecemerlangan (mestia) di bawah Umno," katanya.

'Bila demam, ambil ubat'

Najib berkata negara kita berdepan dengan permasalahan struktur ekonomi kerana menanggung beban subsidi yang besar lebih RM46 bilion sekalipun peruntukan pembangunan RM49.6 juta - yang keadaannya dilihat "tidak boleh bertahan".

"Rating agensi dah bagi signal, bila kita demam, kita ambil ubat, bila kita naikkan harga minyak, dan hapus subsidi gula. Naik tarik elektrik dan beri positive outlook pada masa depan," katanya.

Beliau berkata beliau perlu untuk memperkukuhkan ekonomi dan mengurangkan defisit fiskal supaya beliau menambahkan peruntukan khususnya di luar bandar.

Malah, katanya, jika keadaan demikian beliau juga dapat memberikan pemberian bonus kepada pegawai kerajaan.

"Kalau kita nak sihat, kita perkukuhkan ekonomi, kita boleh bagi lebih bantuan kepada rakyat.

"Kita jentik sikit itu, tapi bila kesihatan lebih sihat dan pada tahun 2020, kita menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS