Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat: Hak Ustaz Kazim tolak lantikan MT
Diterbitkan:  Dec 4, 2013 9:46 PM
Dikemaskini: 1:48 PM

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata keputusan Ustaz Mohammad Kazim Elias menolak pelantikan sebagai anggota MT Umno adalah hak peribadi beliau.

    

Bagaimanapun, tawaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Ustaz Kazim menunjukkan sifat keterbukaan dan ketelusan Umno terhadap golongan agama bagi menyertai parti itu, katanya kepada pemberita selepas menggulung perbahasan usul dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    

Shahrizat berkata beliau bagaimanapun percaya biarpun Ustaz Kazim menolak menjadi anggota MT Umno, pendakwah itu tetap menyokong penuh aspirasi Najib demi pembangunan negara.

    

Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Jaya berkata tindakan Ustaz Kazim menolak pelantikan sebagai anggota MT Umno tidak akan menjejaskan parti itu, namun suatu kehilangan besar kepada proses transformasi parti tersebut.

    

Beliau berkata transformasi dilakukan Presiden Umno itu dengan memasukkan golongan berkepentingan termasuk ulama perlu disokong semua pihak.

    

"Saya amat bersedih apabila ada pihak yang memperlekeh usaha meletakkan ulama dalam pimpinan tertinggi Umno...mereka ini bersikap seolah-olah seperti Yahudi kata Umno perlu ada ulama dalam parti tetapi bila Umno berusaha melantik itu ada, mereka kutuk.

    

"Sebagai umat Islam mereka perlu sokong usaha ini bagi mengukuhkan perjuangan Islam di negara ini... ini tidak, Ustaz Kazim dikutuk dimaki sebegitu sekali kerana bersikap terbuka untuk berdakwah dalam parti Umno," katanya.

    

- Bernama

 

 
 
 
 
 
 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS