Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bimbang dengan kemusnahan yang berlaku di kawasan bersejarah Lembah Bujang, tempat berkenaan kini tidak putus-putus dikunjungi orang ramai dan pelancong yang bimbang bahawa keseluruhan tapak purba berusia kira-kira 2,000 tahun itu dimusnahkan pemaju.

 

Bimbang dengan kemusnahan yang berlaku di kawasan bersejarah Lembah Bujang, tempat berkenaan kini tidak putus-putus dikunjungi orang ramai dan pelancong yang bimbang bahawa keseluruhan tapak purba berusia kira-kira 2,000 tahun itu dimusnahkan pemaju.

NONE Beberapa orang individu yang ditemui di Muzium Arkeologi di Bukit Batu Pahat semalam bagaimanapun menyatakan rasa lega kerana masih dapat melihat beberapa struktur dan artefak yang masih terpelihara.

Seorang daripadanya, Abdul Rahman Noordin, 49, bagaimanapun tetap kecewa dengan tahap pemeliharaan tapak bersejarah oleh pihak berkuasa.

Guru tersebut berkata, Lembah Bujang juga tidak dinyatakan secara terperinci dalam buku teks sekolah.

“Saya mendengar mengenai perobohan Candi II. Ia tidak sepatutnya berlaku. Sebagai orang tempatan, hati saya terguris kerana ini adalah khazanah negara kita,” katanya kepada Malaysiakini.

Perobohan Candi 11, satu kuil Hindu abad kelapan dengan elemen Hinddu Buddha itu mendapat tumpuan banyak pihak yang marah dengan tindakan tersebut.

Ada yang menuding jari ke atas kerajaan persekutuan atas tindakan “tidak bertamadun” tersebut, dan ada juga yang menyalahkan pentadbiran Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir kerana menggalakkan “Talibanisme”.

Mukhriz pada hari Isnin lalu mengeluarkan arahan agar menghentikan kerja-kerja pembangunan di tapak berkenaan.

Tapak berkenaan kini menjadi tumpuan pengunjung selepas membaca mengenai kemusnahan Candi 11 dalam laporan media.

Turut mengunjungi tapak tersebut ialah timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan bekas ADUN Batu Uban S Raveentharan.

Raveentharan yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri dalam kes tersebut berkata, langkah berkenaan akan menyebabkan BN kehilangan sokongan masyarakat India dan juga badan sejarawan antarabangsa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS