Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB
Diterbitkan:  Nov 28, 2013 2:28 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

NONE Begitu sindir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ( kiri ) berhubung kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri besar, exco, speaker dan timbalan exco Selangor mulai tahun depan.

Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

"Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang," katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu.

"Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi."

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

'Hebat & luar biasa'

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri.

NONE Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Dalam kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim menyindir, kenaikan "hebat dan luar biasa" itu boleh dimasukkan dalam buku 'rekod perniagaan antarabangsa'.

"Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat. Apakah ini salah satu janji dalam Buku Jingga? Saya semak, tak ada pun," katanya.

 
 
 
 
 
 
 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS