Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor.

Azizan Ja'far berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran.

Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan.

Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut.

NONE Menurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala.

Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu.

Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi.

Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser)  boleh mencecah ribuan ringgit.

E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama.

Yang dihantar kepada Azizan ditandakan dengan jelas sebagai "towel warmer" dan bukannya pensteril autoklaf industri manakala bungkusan untuk cawan bekam itu sama dengan yang dijual di E-Stores.

NONE Azizan berkata pembekal kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah meluluskan bantuan sebanyak RM4,500 tetapi pembekal hanya boleh memberi kepadanya sebanyak RM2,700.

"Ini mendorong saya untuk membuat laporan kepada SPRM. Pegawai SPRM datang ke rumah saya pada 29 Oktober untuk mengambil gambar barangan yang dihantar dan menghubungi saya pada 31 Oktober untuk memintanya jangan menggunakan barangan kerana ia boleh diklasifikasikan sebagai bukti," katanya.

Malaysiakini menghubungi SPRM Muar, di mana Azizan membuat laporan tersebut, tetapi seorang pegawai di situ berkata prosedur dalaman melarang mereka daripada membuat sebarang pengesahan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS