Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS Johor mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengumumkan secara rasmi cuti hujung minggu di negeri itu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan.

Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed yang membaca usul tersebut berkata pengumuman tersebut dibuat sempena dengan ulang tahun baginda ke-55 hari ini.

"Cuti Jumaat sejak zaman penjajah sehingga tahun 1994, namun cuti kepada Ahad ditukar kepada Ahad sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.

"Sebagai tanda sokongan kepada cadangan ini, saya minta perwakilan berdiri," katanya sambil menyaksikan lebih 1,000 perwakilan berdiri dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai sokongan dengan titah tuanku.

Negeri Johor secara rasmi dilapor mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan dan baginda Sultan Johor mengumumkan perkara itu pagi ini di Muar.

Pengumuman itu dibuat selepas selepas spekulasi selama seminggu berhubung kemungkinan perubahan tersebut susulan dokumen sulit kerajaaan berkaitan perkara itu bocor di Internet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS