Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat wanita ditemui di tepi jalan
Diterbitkan:  Nov 22, 2013 3:16 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Mayat seorang wanita, dipercayai  mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di Seremban hari ini.

    

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

    

"Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina," katanya kepada Bernama.

    

Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk bedah siasat.

    

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS