Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS: Kenapa Karpal begitu angkuh?
Diterbitkan:  Nov 20, 2013 6:49 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Pemuda PAS hari ini sekali lagi mengkritik Pengerusi DAP Karpal Singh kerana enggan meminta maaf atas kenyataan kontroversinya berhubung pendaftaran parti politik berasaskan kaum dan agama.

Naib ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaacob berkata, beliau percaya langkah itu sudah pasti mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua parti itu dalam gabungan Pakatan Rakyat.

NONE "Kekesalan saya, mengapa Karpal begitu angkuh dan sombong di dalam memelihara hubungan erat kita selama ini dan membenarkan pihak luar untuk sama berusaha memecahkan Pakatan secara halus," katanya.

Katanya, sekiranya Karpal memohon maaf atas "keterlanjurannya", ia akan memperlihatkan sikap jiwa besarnya dan lebih dihormati.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad Iskandar ( kanan ) berkata, dakwaan Karpal bahawa beliau tidak memahami bahasa Inggeris dengan baik juga tidak timbul.

Ini kerana, tambahnya, beliau mendapat pengajian tinggi di dua universiti yang menggunakan bahasa itu sebagai pengantar.

Malah, menurut Raja Ahmad lagi, gelaran doktor falsafahnya juga diperoleh di United Kingdom.

"Saya juga telah sertakan transkripsi sidang media Karpal sepertimana yang diminta oleh beliau adalah tepat dan jelas meminta juga agar PAS dibatalkan penubuhannya.

"Dan Karpal masih tidak mampu membuktikan bahawa kandungan transkrip yang saya bekalkan kelmarin itu adalah salah," katanya.

Menurutnya lagi, Karpal juga masih belum menyahut cabaran Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar untuk menyaman akhbar yang didakwa memfitnahnya dalam laporan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS