Kemunculan semula mural Johor Bahru yang memaparkan seorang wanita membawa beg Chanel yang sedang ditunggu oleh seorang perompak di beberapa lokasi di bandaraya itu menunjukkan mural itu menjadi semakin popular di kalangan penduduk tempatan.
Majlis Bandaraya Johor Bahru telah memadam lukisan mural asal di Taman Molek Rabu lalu atas alasan ia dilukis di tempat yang tidak sesuai dan kerajaan negeri mendakwa yang ia boleh merosakkan imej bandaraya tersebut.
Bagaimanapun beberapa penduduk tempatan yang ditemui wartawan citizen journalist, Fung Lee-Jean sejurus sebelum lukisan itu dipadamkan oleh pihak majlis bandaraya, memberi pandangan yang berbeza.
Ramai mengatakan bahawa lukisan itu positif dan menjadi satu
peringatan tentang masalah jenayah di bandaraya itu.
"(Pada) pandangan saya, ia adalah baik (kerana ia membangkitkan) kesedaran di kalangan orang ramai (mengenai jenayah ragut)," kata seorang lelaki tempatan.
Sementara itu, seorang wanita berkata mural itu adalah sesuatu yang kreatif dan semua orang menyukainya.
Seorang lelaki berusia 20 tahun yang ditemui di tempat mural itu, menambah: "Ini sangat baik untuk meningkatkan pelancongan, sama seperti (mural di) Pulau Pinang, dan pada masa yang sama, mencerminkan masalah jenayah yang serius di Johor Bahru."
Seorang lagi wanita dalam usia 40-an itu, pula berkata, adalah lebih baik untuk memasukkan gambar seorang anggota di dalam mural itu untuk menunjukkan harapan terdesak penduduk supaya polis dapat memerangi jenayah.
Malah, seorang pelukis tidak dikenali telah berbuat demikian, dengan menambah dalam mural kontroversi itu, gambar seorang anggota polis.
[Baca berita penuh]
1. Mural Zacharevic muncul semula di JB | |
2. 'Polis' lego gagal halang mural JB dipadam |