Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hari ini dianggap sebagai kejayaan untuk kewartawanan yang bertanggungjawab apabila harian arus perdana New Straits Times (NST) terpaksa tunduk kepada tuntutan empat NGO untuk meminta maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

Permohonan maaf itu sebahagian daripada syarat ditetapkan oleh gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 2.0, kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre, untuk menggugurkan pertuduhan mereka.

NST juga bersetuju membayar RM120,000 kepada empat pihak itu, untuk laporan lebih setahun lalu yang mendakwa badan-badan itu terlibat dalam rancangan menggugat kestabilan kerajaan BN.

bersih tribunal ambiga 220913 "Kerosakan telah berlaku pada masa itu... Saya harap perkara ini tidak menjadi tabiat NST untuk menulis laporan palsu dan kemudian minta maaf selepas itu," kata pengerusi bersama BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan ( kiri ) kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Permohonan maaf bukan penghujungnya. Kami mahu melihat kewartawanan yang bertanggungjawab."

NST bersetuju menyiarkan permohonan maaf pada halaman 3 akhbar itu dalam tempoh 14 hari, kecuali Sabtu.

Ia juga akan menarik balik laporan itu dalam portal atas taliannya dan menyiarkan permohonan maaf yang sama.

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong bersetuju menarik balik saman itu selepas bertemu dengan peguam kedua-dua pihak.

Laporan NST di muka depan pada 21 September tahun lalu menuduh BERSIH dan NGO lain merancang konspirasi untuk menggugat kestabilan kerajaan BN.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS