Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM470,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif

Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi.

Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan.

Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28.

Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS