Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Enam tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Hari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 11 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 total denyRamli (kiri), 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan.

Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.

Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS