Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kerajaan perlu menaiktaraf klinik 1Malaysia dengan perkhidmatan lain agar tidak hanya dianggap sebagai “klinik panadol” semata-mata.

Menurutnya klinik 1Malaysia hanya mempunyai seorang pegawai penolong pegawai perubatan yang hanya memeriksa demam dan selsema.

Sepatutnya, klinik berkenaan dilengkapi kemudahan untuk mengesan wabak berbahaya seperti demam denggi.

Beliau memberi alasan, ramai pengidap demam denggi di kawasannya yang terpaksa berulang-alik ke klinik tersebut tetapi wabak denggi itu tidak dikesan – sehinggalah pesakit tersebut meninggal dunia.

"Klinik 1 Malaysia pada saya, saya boleh panggil klinik panadol. Kalau sakit, pergi klinik 1Malaysia, dapat panadol... Tetapi (bagaimana untuk) kes lain?

"Di kawasan saya, ada (pengidap) wabak denggi ramai yang telah mati. Ada klinik satu Malaysia. Demam pergi klinik, dapat panadol, pergi lagi dapat panadol. Hari ketiga tak datang dah, sebab dah meninggal... Kesannya besar.

"Klinik pada nama sahaja, (selepas ini) nak tambah lagi 50 klinik. Tapi tidak ada kelengkapan mencukupi apatah lagi klinik ini bagi (kumpulan) miskin bandar yang tidak mampu nak pergi kesihatan yang jauh, tak mampu," katanya.

Katanya, klinik 1Malaysia yang terletak dalam kawasan berisiko tinggi penularan wabak denggi perlu dinaiktaraf untuk mengesannya.

"Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya ada ujian (kesan) denggi segera di kawasan ada wabak... Kalau itu perkara yang baik, apa salahnya, untuk rakyat," katanya

Shamsul Iskandar yang juga ketua Pemuda PKR (AMK) berkata demikian bagi membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat petang ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS