Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ANALISIS Dengan tempoh berkempen tinggal dua hari sahaja lagi, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat berpeluang besar untuk merangkul satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno.

umno youth 2009 agm 250309 mukhriz Berbekalkan momentum kemenangan BN Kedah merampas negeri itu dari tangan PAS dalam pilihan raya umum lalu, anak bekas perdana menteri keempat itu juga dilihat sebagai muka baru yang boleh memenuhi aspirasi peremajaan Umno yang sering meniti di bibir ahli parti terbesar di Malaysia itu.

Pandangan ini dikongsi dua tokoh lama dalam Umno - Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Ketua Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Ramai merasakan dua orang penyandang akan kekal dan satu muka baru akan dipilih.

"Yang bakal dipilih ini saya fikirkan adalah Datuk Mukhriz kerana beliau adalah calon yang diterima ramai dan saya lihat diterima di peringkat akar umbi," kata Syed Ali.

Abdul Aziz pula berpendapat perwakilan yang akan mengundi akan menzahirkan transformasi yang diinginkan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan trio naib presiden.

"Untuk itu naib presiden pasti mencerminkan ciri-ciri perubahan yang diinginkan Datuk Seri Najib.

"Di sini saya lihat muka baru yang energetic (bertenaga) dan muda adalah Datuk Mukhriz," katanya.

Bagaimanapun, pandangan tersebut tidak dikongsi oleh seorang pemerhati politik yang juga merupakan ahli akademik di sebuah universiti tempatan.

Sebaliknya, ahli akademik itu berpandangan bahawa nama Tun Dr Mahahthir yang sentiasa dikaitkan dengan Mukhriz, menjadi satu bebanan buat kempen anaknya itu.

"Ini mungkin menjadi liabiliti buat beliau. Mahathir sangat popular dengan orang ramai tetapi tidak dalam Umno.

NONE "Bahkan, ramai orang dalam Umno melihat Mahathir sebagai punca kepada banyak masalah dalam Umno," kata ahli akademik itu yang enggan dinamakan kerana hubungannya yang rapat dengan Umno.

Beliau sebaliknya mempertaruhkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam, sebagai salah seorang daripada calon yang bakal menggugat penyandang jawatan naib presiden Umno.

Menurutnya, kenyataan Ali Rustam yang menyalahkan orang Cina sebagai punca kekalahannya dalam pilihan raya lalu senada dengan sentimen akar umbi yang percaya dengan dakwaan itu.

Ditambah pula dengan personaliti Ali Rustam sebagai pemimpin yang mesra dan mudah didekati akar umbi, ia dijangka membantu popularitinya untuk menang sekurang-kurangnya sebagai naib presiden dengan jumlah undi kedua tertinggi, kata ahli akademik itu lagi.

NONE Pada masa sama, populariti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga terus melonjak di kalangan ahli parti apabila prestasinya sebagai

menteri dalam negeri dalam mengurangkan jenayah dilihat memberangsangkan.

Ironinya, populariti Zahid menenggelamkan seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini dilihat lemah dan kurang berkesan menjalankan tugasnya sewaktu memegang portfolio yang sama dahulu, kata ahli akademik itu lagi.

Seorang lagi penyandang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula dilihat berada pada kedudukan selesa apabila beliau dijangka mendapat sokongan padu dari 'peti undi' bahagian-bahagian dari Sabah, katanya.

Dengan ungkapan 'segala-galanya mungkin dalam politik' sebagai panduan, ketiga-tiga penyandang naib presiden kini perlu bersedia berhadapan sebarang kemungkinan dalam mencongak takdir politik mereka untuk tiga tahun akan datang yang bakal diketahui pada hari Sabtu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS