Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon lawan Nazri kesal pencalonan dibatal tanpa sebab
Diterbitkan:  Oct 9, 2013 2:37 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Calon ketua bahagian Umno Padang Rengas Shahidan Yussof kesal kerana pencalonannya untuk merebut jawatan itu dibatalkan tanpa sebarang jawapan serta pengesahan daripada Jawatankuasa Pemilihan parti.

"Saya masih setia dengan Umno. Cuma saya mahu penjelasan mengapa pencalonan saya dibatalkan," katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

"Saya hanya mengetahuinya melalui media dan pencalonan saya dibatalkan tanpa dimaklumkan secara rasmi kepada saya. Saya berusaha ke Pejabat Umno negeri tetapi jawapan yang diterima juga negatif," katanya dipetik.

NONEDatuk Seri Nazri Aziz yang juga menteri pelancongan adalah ketua Umno bahagian Padang Rengas.

Sebelum ini Nazri dicabar oleh Bendahari bahagian Datuk Jamal Nasir Rasdi dan Shahidan, yang bersara daripada perkhidmatan awam, sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Jamal menarik diri daripada persaingan dalam tempoh bertenang sebelum 24 September lalu, manakala Shahidan pula dibatalkan pencalonan kerana dikatakan gagal memenuhi keperluan ditetapkan jawatankuasa pemilihan.

Laporan itu juga menyebut, susulan pembatalan itu, Shahidan mendakwa dirinya seolah-oleh dilihat sebagai individu bersalah dan dianggap melakukan kesalahan jenaytan kerana syarat pembatalan antaranya muflis serta memiliki rekod jenayah.

"Jika tiada penjelasan dibuat, bayangkan mungkin orang boleh menuduh saya muflis, bekas penjenayah atau melanggar peraturan parti.

"Jika saya ada melakukan kesilapan teknikal ia juga perlu diperjelaskan supaya orang lain tidak membuat sebarang andaian buruk," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia hari ini pula melaporkan penyandang ketua bahagian Datuk Seri Nazri Aziz menang tanpa bertanding ekoran penarikan diri Jamal dan pembatalan pencalonan Shahidan.

Laporan itu juga menyebut, pembatalan pencalonan Shahidan - yang juga bekas setiausaha Majlis Perumahan Negara - disahkan oleh Setiausaha Umno negeri Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib kelmarin namun mendakwa tiada alasan sebenar diketahui oleh Umno negeri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS