Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti Sabah diheret ke mahkamah adat
Diterbitkan:  Oct 9, 2013 11:58 AM
Dikemaskini: 11:26 AM

Pemimpin Kadazan, melalui Persatuan Kadazan Sabah (KSS) memfailkan saman malu terhadap Mufti Bungsu Aziz Jafaar atas kerana didakwa menyifatkan kaum itu sebagai "bangsa yang dicipta".

Saman malu itu difailkan oleh Timbalan Presiden KSS Sylvester Disimondi mahkamah daerah Penampang semalam selepas kenyataan Bungsu itu menimbulkan kemarahan mereka, lapor The Star.

NONE"Perasaan dan maruah kami terguris dan tidak boleh diubati jika tidak diselesaikan di mahkamah adat.

"Mufti Bungsu oleh itu diperlukan menganjurkan pendamaian kepada masyarakat Kadazan selaras dengan undang-undang adat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Bungsu diwajibkan hadir di mahkamah adat itu dalam tempoh 21 hari selepas saman difailkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bungsu, berketurunan Brunei-Suluk, belum dilapor memberikan sebarang penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Bungsu pada 28 September lepas dilapor berkata, untuk penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'dimelayukan' sebagai satu rumpun Melayu, seperti di semenanjung.

Abim: Jangan emosianal

Sementara itu, di sebalik kritikan terhadapnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Sabah hari ini tampil menyeru cadangan Bungsu ditangani dengan matang dan tidak emosional.

Dalam kenyataan bersamanya dengan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Sabah, NGO itu bimbang melihat fenomena kritikan dikeluarkan semata-mata bersandarkan sumber kedua dan ketiga.

NONE"Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta mauduk pandangan ini diutarakan," kata Yang Dipertua Abim Sabah Dr Abdullah Bade (kiri) dan Pengerusi WADAH Sabah Abdul Manap Mahmud.

Malah, menurut mereka, pandangan Bungsu itu bersifat peribadi dan tidak menjadi fatwa yang wajib dilaksanakan.

Menyentuh isu itu, mereka bagaimanapun berpandangan, kurang wajar memaksakan pemakaian Melayu kepada suku-suku di Sabah yang mempunyai kebudayaan tersendiri sejak turun temurun.

Manakala gabungan NGO Islam Sabah (Concern) pula menyuarakan kebimbangannya terhadap kritikan menggunakan perkataan kesat dalam isu itu yang boleh menimbulkan pergeseran antara kaum dan agama.

Justeru, mereka menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau perkembangan itu dengan segera.

Berkaitan:'Kami Muslim... dan masih Dusun'


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS