Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Editor akhbar Cina tuntut Zahid tarik balik ugutan
Diterbitkan:  Oct 8, 2013 1:05 PM
Dikemaskini: 11:30 AM

Persatuan ketua pengarang akhbar berbahasa Cina menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menarik balik ancamannya untuk menutup syarikat akhbar.

Dalam kenyataan mereka semalam, para ketua pengarang terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan menteri yang disampaikan dalam satu majlis penerangan di Melaka.

zahid hamidi malacca melaka 061011 Persatuan itu juga mengambil maklum bahawa ia adalah "Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat" dan menyiarkan jata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, maka jelas ia merupakan majlis kerajaan.

Sekiranya Zahid memilih berkempen bagi mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan parti dalam majlis kerajaan, yang didakwanya majlis tertutup, kumpulan editor itu berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak sesuai dan ugutan kepada wartawan.

Persatuan itu berkata, hubungan kaum merosot berterusan sejak pilihan raya umum Mei lalu apabila beberapa ahli politik membangkitkan persoalan sensitif demi kepentingan politik.

"Sebagai anggota kabinet, seseorang itu patut bercakap dan bertindak dengan berhati-hati dan tidak patut mengancam menutup akhbar," kata mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS