Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy: 'Saya rasa kamu datang ke forum yang salah'

Setelah meletakkan dirinya sebagai seorang yang progresif, cadangan penahanan tanpa bicara dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) nampaknya menjadi isu yang "terlalu panas" untuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

NONE Dalam sidang medianya hari ini, Khairy enggan menjawab soalan

pemberita berhubung akta berkenaan, walaupun forum yang dirasmikannya sebelum itu berkaitan menangani jenayah berat dan gengsterisme.

Beliau hanya mahu melayan soalan pemberita yang berkaitan dengan forum itu sahaja.

"Saya nak cakap tentang saya punya forum. (Pasal) PCA (Akta Pencegahan Jenayah) dalam forum lain. Saya rasa kamu datang ke forum yang salah," katanya ketika diminta mengenai akta kotroversi tersebut yang menurut kerajaan adalah untuk mencegah jenayah.

Apabila sidang media berakhir dengan menjawab beberapa soalan berkaitan forum itu, beliau terus bergerak meninggalkan bilik sidang media.

Tetapi wartawan Malaysiakini terus merapatinya bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung akta tersebut.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membalasnya dengan berkata:

"Sidang media sudah habis, sidang media sudah habis".

Khamis lalu, Khairy berkata Akta Pencegahan Jenayah tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan enggan mengulas secara spesifik mengenai pengenalan semula tahanan tanpa bicara tanpa semakan kehakiman.

(Baca berita penuh)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS