Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas naib pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa pemimpin atasan DAP medapat kelebihan berbanding calon lain untuk berkempen untuk pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Tanpa menamakan pemimpin atasan dimaksudkan, Zulkifli mendakwa golongan pemimpin tersebut dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi.

dap national congress 161212 malay zulkifli mohd noor 1Perkara itu tidak adil kepada calon lain, kata Zulkifli yang mendakwa senarai yang diperolehi daripada ibu pejabat DAP tidak dibekalkan kepada calon sepertinya.

"Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai). Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam 'gelap'," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.

Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.

Beliau mendapat perhatian pemimpin parti tersebut apabila tampil dengan dakwaan bahawa pemimpin Melayu dalam DAP dianggap sebagai “kaum 50 sen”.

Beliau juga mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin menunjukkan sikap sebagai pemimpin autokratik dan diktator dan perkara ini menyebabkan ramai anggota Melayu dalam DAP susah hati.

Menjawab persoalan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang mempersoalkan tindakannya membangkitkan perkara itu, Zulkifli mengakui ia adalah sebahagian daripada isu yang diangkat dalam kempen CEC beliau.

"(Saya bangkitkannya) kerana sekarang saya adalah salah seorang calon yang bertanding dan kempen saya menyeluruh kali ini.

"Selama 26 tahun saya dalam DAP saya tak pernah berkempen," katanya yang akan melakukan jelajah kempen secara tersusun bermula hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS