Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerja keras kumpulan hak-hak haiwan seperti terbalas apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini melanjutkan notis pengusiran tempat perlindungan anjing dan kucing yang diusahakan oleh Muhammad Azmi Ismail.

Justeru, anggota Parlimen kawasan itu Gooi Hsiao Leung berkata, operasi untuk meroboh tempat binatang terbuang itu yang dijadual hari ini ditangguhkan.

NONE "Saya baru lepas bermesyuarat dengan majlis bandaraya hari ini dan mereka memutuskan untuk memanjangkannya ke tarikh lain pada Disember.

"Mereka akan kirimkan surat rasmi kepada kita secepat mungkin," kata Gooi kepada Malaysiakini .

"Sekurang-kurangnya ia akan berikan sedikit masa untuk kita cari tanah lain untuk binatang-binatang itu. Kami berterima kasih kepada pihak yang sertai kempen selamatkan haiwan ini."

NONE Sabtu lalu, Gooi dan dua NGO mengadakan sidang media bersama Azmi dan isterinya bagi mendesak pihak majlis menyelamatkan nyawa 700 anjing dan 100 kucing dalam jagaan mereka.

NGO terlibat, Persatuan Kebajikan Haiwan Rakyat Malaysia dan Save Our Strays (SOS) Pulau Pinang.

Mereka menganjurkan petisyen bagi menyelamatkan haiwan itu di Facebook, yang sekarang sudah digemari kira-kira 2,000 orang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS