Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada keperluan khusus untuk mewujudkan satu bank khas bagi memberi pinjaman kepada bumiputera memandangkan kini telah wujud begitu banyak bank yang memberi kemudahan tersebut.

Katanya lagi, ia juga dikhuatiri akan menyebabkan golongan bumiputera merasakan mereka berhak mendapat pinjaman dari sesuatu bank hanya semata-mata kerana status bumiputera mereka.

NONE "Banyak bank sudah ada, masalah dia kita juga hendak nasihati bumiputera jangan oleh kerana bank itu namanya dahulu bank bumiputera (maka) kita ada hak untuk dapatkan pinjaman.

"Tidak, mereka perlu ingat apabila memohon pinjaman, walaupun mereka bumiputera atau apa nama banknya sekali pun, bumiputera mesti tahu bahawa dia mesti mengikut kriteria pinjaman yang akan diluluskan," katanya pada sidang media pagi tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang menggesa kerajaan agar mewujudkan bank bumiputera khusus.

Ini memandangkan dana RM1 bilion yang disalurkan kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dianggap tidak cukup untuk membantu usahawan kelas menengah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS