Seorang bekas anggota Parti Komunis Malaya berkata pemimpinnya Chin Peng yang meninggal dunia hari ini hari ini berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.
Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu.
"Pada kamli terakhir saya bertemunya adalah setahun lalu di Bangkok.
"Dia beritahu saya perkara sama: Dia mahu pulang ketika masih hidup. Jika tidak, dia mahu abu mayatnya dibawa pulang.
"Dia tidak dapat pulang semasa hayatnya. Inilah kekesalannya yang paling besar," kata Fang, 75 yang pernah menjadi pemimpin propaganda PKM.
Fang berkata beliau akan pergi ke Bangkok untuk bertemu anggota keluarga Chin Peng yang akan memutuskan sama ada akan membawa pulang abu mayat berkenaan.
Katanya, beliau percaya bahawa bahawa rakan-rakan bekas anggota PKM, berjumlah sekitar 300 orang, juga mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang/
Seramai kira-kira 340 orang bekas anggota KPM dibenarkan pulang ke Malaysia dan ditempatkan semula ke pelbagai kawasan di negara ini.
Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau meninggal dunia pada jam 6.20 pagi ini di Bangkok.