Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini mencetuskan kekecewaan di alam maya.

Bagaimana tweet daripada seorang ahli politik dilihat menambah minyak kepada kemarahan itu.

NONE "Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin ( kanan ).

Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @ayeemin berkata:

"Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya."

Bung sebelum ini mendapat liputan meluas selepas mengambil pelakon Zizie Izette sebagai isteri kedua pada 2010.

Tampil tidak dikenali, alam Twitter turut dihujani dengan pesanan-pesanan berunsur jenaka.

@Panlusi Anwar dipecat pada 2 September (1998). Hari ini (2 September 2013) harga petrol naik 20 sen #salahanwar

@HaziqAbdAziz Kalau kamu tak suka harga petrol, boleh berambus dari Malasia!

@klubkiddkl Jadi berapa kali harga petrol naik sejak pilihan raya umum ke-13? #EndlessPossibilities

@napiez Kini tiba (masa) membalas budi, kita potong subsidi!

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS