Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10 ditahan ketika 'perobohan' kuil di KL
Diterbitkan:  Sep 1, 2013 11:04 AM
Dikemaskini: 9:08 AM

Sepuluh ditahan, termasuk Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan D Tharmakumaran dan aktivis PKR kerana cuba menghalang kerja-kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan dinding di kuil Hindu di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur.

Mereka dipercayai dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

jalan p ramlee temple demolition 010913 Mereka didakwa dicekup ketika cuba menghentikan DBKL di Kuil Muneswawar di kawasan Segitiga Emas di ibu kota itu.

Bagaimanapun, Raman Ramakrisnan, pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu kuil selepas itu bahawa DBKL hanya mahu mendirikan dinding.

"Ia bukan untuk merobohkan kuil," katanya sambil menambah, kuil itu memasuki tanah kerajaan dan dinding akan didirikan untuk dijadikan pemisah.

Sebelum itu, terdapat sedikit ketegangan apabila Naib Presiden PKR N Surendran ditolak ketika cuba menghalang tindakan DBKL.

"Kami tidak pedulu kamu YB atau tidak, kami akan pukul kamu," demikian bunyi jeritan yang ditujukan kepada Surendran.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS