Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegur Senator P Waythamoorthy supaya mengeluarkan kenyataan yang senada dengan kerajaan.
"Sebagai anggota pentadbiran, mesti sealiran, kena senada dengan anggota pentadbiran," katanya semasa sidang media di pejabatnya di Putrajaya.
Kenyataan Najib ( kiri ) itu dibuat selepas tiga anggota kabinetnya mendesak Waythamoorthy meletakkan jawatan selepas mempertikaikan tindakan polis menangani jenayah dalam satu kes tembak mati di Pulau Pinang.
Waythamoorthy dipilih oleh Najib untuk dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum ini, tiga menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa Waythamoorthy meletakkan jawatan.