Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya tak pernah dengar ahli politik sokong gengster '

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan terdapat ahli politik ternama menyokong kumpulan kongsi gelap, seperti dilaporkan media.

NONE "Siapa kata? Setakat ini saya tidak pernah dengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap.

"Jika selepas kita siasat dan dapati perkara ini benar, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas hadir ke program sambutan hari raya di ibu pejabat kontinjen polis Selangor hari ini.

Sin Chew Daily semalam melaporkan, sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS