Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR tuduh polis hanya sasar masyarakat India
Diterbitkan:  Aug 25, 2013 6:23 PM
Dikemaskini: 11:13 PM

Adakah mustahil jika seramai 71 peratus anggota kongsi gelap terdiri dari kumpulan masyarakat yang hanya mewakili tujuh peratus dari seluruh jumlah penduduk Malaysia?

Naib presiden PKR N Surendran berkata, perkara itu mustahil.

Katanya, PKR percaya bahawa perangkaan itu disebabkan amalan rasis oleh pihak berkuasa dan polis sejak sekian lama yang menjadikan masyarakat India sebagai sasaran.

"Jumlah itu setinggi 71 hanya kerana polis mensasarkan masyarakat India dalam operasi mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata sekiranya data berkenaan boleh dipercayai, ia bermakna terdapat krisis nasional melibatkan masyarakat India pada masa ini.

"Jika benar, mengapa angka yang menghairankan itu tidak didedahkan kepada umum sebelum ini?," soalnya.

Beliau merujuk kepada jumlah suspek seramai 40,000 mengikut pecahan kaum yang didedahkan polis semalam.

Angka yang didedahkan oleh pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah itu menunjukkan seramai 23 perauts oleh suspek tersebut terdiri dari golongan Cina dan kurang dari lima peratus dari masyarakat Melayu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS