Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy tak pengaruhi saya, kata Pak Lah
Diterbitkan:  Aug 7, 2013 2:39 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, menantunya Khairy Jamaluddin tidak mempunyai pengaruh tidak wajar terhadapnya semasa menjadi anggota pentadbirannya.

Mempertahankan peranan Khairy, Abdullah berkata, kumpulan yang digelar "budak tingkat empat" - kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Khairy - sebenarnya bukan pun penasihatnya.

NONE "Mereka bukan penasihat saya. Mereka anggota rasmi pentadbiran saya, menantu saya termasuk, untuk seketika," katanya seperti dinyatakan dalam buku Awakening: Abdullah Badawi Years in Malaysia.

"Mereka memberikan sokongan pentadbiran dan maklum balas tetapi mereka bukan pembuat dasar.

Abdullah berkata, serangan peribadi terhadap Khairy dan rakan-rakannya dibuat ekoran "penentangan terhadap perubahan".

"Kami ambil orang dari luar kerajaan, orang yang percaya dengan perubahan yang ingin saya lakukan.

"Tetapi golongan establishment menolak perubahan ini, bukan sahaja tidak bekerjasama dengan budak-budak ini, (tetapi) memburuk-burukkan mereka."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS