Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: PAS ambil kesempatan bila jenayah naik
Diterbitkan:  Aug 2, 2013 5:27 AM
Dikemaskini: 11:17 PM

MCA mendakwa, PAS mengambil kesempatan atas kegemparan jenayah senjata api di negara ini dengan mencadangkan undang-undang Islam digunakan sebagai alternatif membanteras gejala negatif itu.

Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling berkata, tujuan PAS hanya untuk menghalalkan cita-cita teokratik parti Islam itu itu.

"MCA sudah berulang kali berkata, ketidakadilan dan penindasan akan berlaku apabila enakmen hudud dilaksanakan," katanya.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.

Menjelaskan kenyataannya itu, anggota Parlimen Temerloh itu berhujah, undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini.

Dalam kenyataannya semalam, Tee berkata, menggubal undang-undang hudud sebenarnya tidak menjamin insiden jenayah berkurangan di negara ini.

"Saya gesa PAS tidak ambil kesempatan atas banyak insiden tembakan sebelum ini untuk memperkenal enakmen hudud versi garis keras PAS," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS