Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sanjeevan mahu dedah nama polis dikait dengan dadah'
Diterbitkan:  Jul 28, 2013 5:53 PM
Dikemaskini: Jul 29, 2013 12:57 AM

Aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan cuba mendedahkan nama-nama anggota polis yang didakwa ada kaitan dengan sindiket dadah sebelum dia ditembak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Dalam Twitternya hari ini, Rafizi berkata beliau ditemui Sanjeevan (kanan) sehari sebelum kejadian tersebut, dan Sanjeevan meminta bantuan untuk mendedahkan nama anggota polis yang didakwa terbabit itu.

Rafizi berkata beliau bertemu Sanjeevan pada malam Jumaat dan dia bercakap tentang senarai kesalahan berkaitan dengan dadah dan meminta pengarah strategi PKR itu mendedahkan mereka.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau tidak pasti sama ada rancangan untuk mendedahkan senarai nama tersebut ada kaitan dengan cubaan membunuh Sanjeewan semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata Sanjeevan sedang "menjejak sesuatu" dan maklumat padanya itu adalah adalah tulen.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui dia telah ditembak," kata Rafizi.

Hanya beberapa jam sebelum ditembak, Sanjeevan menulis di Twitter bahawa seorang anggota polis telah mengancam untuk memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya.

Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di simpang di Jempol.

[Baca berita penuh]

 

 
 
 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS