Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Wang tanpa syarat undi bukan rasuah
Diterbitkan:  Jul 26, 2013 4:21 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Pemberian "duit minyak" kepada pengundi tanpa mengarahkannya memilih mana-mana calon bukan rasuah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE "Jika wang minyak yang diberi itu tanpa meletakkan apa-apa syarat tetapi hanya meminta pengundi-pengundi itu balik mengundi tanpa mengarahkan kepada calon mana-mana parti, ia tidak dianggap sebagai rasuah," katanya.

Dalam SMS jawapan kepada Malaysiakini , Aziz juga berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi tentang perkara itu.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan pembelian undi dalam pilihan raya kecil Kuala Besut apabila bayaran dibuat oleh Ketua Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir.

Yaakob bagaimanapun menafikannya sebagai rasuah dan menegaskannya "insentif kepada pengundi luar", diberikan secara terbuka dan kepada semua pengundi, termasuk orang PAS.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS