Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India
Diterbitkan:  Jul 26, 2013 3:33 PM
Dikemaskini: 12:31 PM

Selepas dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.

Gabungan itu, yang dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).

Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

"NGO Cina, India dan Orang Asli juga dijemput untuk berbuka puasa," kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini ketika ditanya berhubung perkara itu.

PERKASA selama ini sentiasa bergelut dengan dakwaan perkauman walaupun sering menafikannya atas alasan mereka hanya mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang dijamin dalam perlembagaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS