Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA jumpa PM sampai pandangan orang Melayu
Diterbitkan:  Jul 25, 2013 7:21 AM
Dikemaskini: Jul 25, 2013 4:02 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi menyuarakan apa yang dianggapnya sebagai kebimbangan orang Melayu berhubung pelbagai isu semasa seperti meritokrasi, pendidikan, ekonomi dan agama.

    

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pandangan mereka disampaikan oleh 10 anggota barisan kepimpinan PERKASA dengan penuh ikhlas dan beremosi dalam pertemuan kira-kira sejam itu yang bermula pukul 5 petang.

    

Beliau berkata, PERKASA amat berpuas hati kerana dapat bersemuka dengan perdana menteri untuk menyampaikan sendiri rasa bimbang orang Melayu dalam pelbagai isu dalam negara ketika ini.

    

"Kami suarakan pandangan kami sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu, manakala perdana menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua negara," katanya kepada pemberita sejurus selepas perjumpaan itu di Putrajaya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS