Bilik persalinan di SK Seri Pristana hanya digunakan sebagai kantin sementara selepas dua hari puasa, kata sekumpulan ibu murid bukan Islam hari ini.
Para ibu murid Tahun Empat itu berkata mereka tidak menyedari kantin melimpah dengan murid - seperti yang dinyatakan oleh pihak sekolah semalam sebagai alasan untuk menggunakan bilik persalinan tersebut.
S Chitra, 53, dan J Rebecca, 33, masing-masing berkata, ia mula digunakan selepas dua hari puasa (11 Julai).
Para ibu itu mendakwa bahawa pengubahsuaian kantin itu hanya melibatkan sebuah pintu kaca di kantin guru dan tidak menjejaskan kantin murid.