Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas DO mohon bicara tuduhan rasuah suami staf
Diterbitkan:  Jul 22, 2013 11:45 AM
Dikemaskini: 11:35 PM

Bekas Pegawai Daerah (DO) Seberang Perai Tengah Roslan Yahaya mohin dibicarakan atas tuduhan cuba merasuah suami kepada wanita yang beliau dituduh mencabulnya pada Januari tahun ini.

Dia dituduh cuba merasuah Adle Ismail, 38, sebanyak RM30,000 di Restoren Makbul, Seberang Jaya pada 3 Januari lalu bagi memastikan isterinya Noramiza Azmee, 29, menggugurkan dakwaan dia dicabul oleh DO itu.

Roslan dituduh menyerahkan wang itu melalui Shukri Hamid, 41, pada kira-kira jam 10.30 malam di restoran itu.

Roslan didakwa bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan bekas DO itu boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan kedua kes ditetapkan pada 29 Ogos.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS