Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pensyarah: TPPA jadikan Malaysia hamba AS
Diterbitkan:  Jul 16, 2013 3:06 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai hamba Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu.

NONE "Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini?

"Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?" soal pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff ( kanan ).

Menulis di laman Facebook beliau, Agus memetik pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata" kerana "kaki dan tangan kita akan terikat".

Malah, Dr Mahathir ( bawah ) juga berkata, perjanjian itu akan mewujudkan keadaan tiada kawalan modal,sekali gus menyebabkan negara ini dijajah lagi, menurut Agus.

NONE "Kita mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir dalam beberapa hal, tetapi dalam kes TPPA, kita perlu bersetuju dengan pandangan beliau bahawa TPPA adalah neokolonialisme, penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang," katanya.

Sambil mengakui perjanjian itu boleh meningkatkan eksport negara, Agus membayangkan keadaan monopoli ubat yang mungkin berlaku sehingga rakyat Malaysia tidak mampu dan terpaksa kembali kepada perubatan tradisional dan jampi serapah.

Rundingan TPPA kini memasuki pusingan ke-16 di Sabah bermula semalam hingga 25 Julai ini sebelum dimuktamadkan pada Oktober nanti.

"Saya harap kerajaan akan mengambil keputusan yang tepat mengenai TPPA ini supaya negara kita tidak mengalami kerugian dan rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan kos hidup yang tidak perlu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS