Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis masih memburu suspek keempat yang terlibat dalam kes pembunuhan N Dhamendran, yang kini memasuki hari ke-41.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abdul Samah Mat berkata, pihaknya juga kini bekerjasama dengan polis Cawangan Khas bagi tujuan itu.

Dhamendran meninggal dunia dalam tahanan polis pada 22 Mei. Bedah siasat mendapati ia berpunca daripada kecederaan akibat hentakan objek tumpul.

Pada 5 Jun, tiga anggota polis didakwa di mahkamah manakala seorang lagi suspen melarikan diri.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang mendakwa terdapat konspirasi dan polis tidak cuba pun mencari individu dikehendaki itu.

"Saya percaya polis yang lari ini sebahagian daripada cerita lebih besar, mereka (polis) mempunyai agenda tersembunyi dalam kes pembunuhan ini," dakwa anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng apabila dihubungi semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS