Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Projek rel gelincirkan ikrar PM
Diterbitkan:  Jul 15, 2013 3:11 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Pemberian projek rel bernilai RM1 bilion melalui rundingan terus melanggar ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata anggota parlimen DAP.

Tony Pua (Petaling Jaya Utara) merujuk kepada projek yang akan dilaksanakan oleh Malaysian Steel Works (Masteel).

Langkah itu bertentangan dengan janji Najib pada pilihan raya umum ke-13 lalu supaya projek sebegitu dianugerahkan melalui tender terbuka bagi memastikan ketelusan dan membendung rasuah.

"Kami ingin mempersoalkan asas pihak kerajaan telah memilih syarikat Masteel untuk projek rel ini secara rundingan terus. Mengapa kerajaan tidak menjalankan tender terbuka untuk projek sebegini?

"Soalan juga timbul, apakah keperluan untuk menswastakan projek ini jika kerajaan perlu membiayai 70 peratus daripada kos pembinaan melalui pembelian pinjaman mudah," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS