Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang Miow menyifatkan tindakan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook kelmarin, adalah melampau.

Phang yang ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini, berkata tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa.

"Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku," katanya.

Pasangan itu yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Robert Phang Miow ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dikatakan mempertikai titah Sultan Johor melantik Datuk Tee Siew Kiong sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS