Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff mahu terus membersihkan namanya dengan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa penerbit media.
Beliau memfailkan saman bersama terhadap penerbit New Straits Times, The Star, Berita Harian, Utusan Malaysia, Daily Express dan Borneo Post.
Langkah itu diambil ekoran laporan pada 2007 berhubung isu ' Copgate ', yang mana Ramli mendakwa namanya dicemari selepas didakwa mengambil tindakan terhadap ketua kongsi gelap di Johor.
Dalam dokumen yang diperoleh M alaysiakini , saman itu difailkan pada Khamis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ramli menamakan New Straits Times Press (M) Bhd, Star Publications (M) Bhd, Berita Harian Sdn Bhd, Utusan Melayu Publications (M) Bhd, Sabah Publishing House Sdn Bhd dan See Hua Marketing Sdn Bhd sebagai defendan.
Turut dinamakan pengarang daripada organisasi tersebut dan pemberita yang menulisnya. Kesemua 16 defendan dinamakan dinamakan dalam saman itu.