Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini meminta maaf terhadap tindakan menggantung sesi soalan lisan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lim berkata, perkara tersebut satu kesalahan dan sepatutnya boleh dielakkan.

Katanya, kerajaan negeri melantik exco Jagdeep Singh Deo untuk melihat isu tersebut dan memastikan ia tidak berulang.

"Saya terkejut dan tidak dapat terima alasan kurang masa digunakan untuk menggantung sesi itu," kata Lim ketika membahaskan ucapan gabenar pada Selasa.

Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kelmarin menyelar keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi itu, yang disifatkannya sebagai "hukuman mati ke atas demokrasi".

Speaker Law Choo Kiang sebelum itu menjelaskan, sesi itu digantung untuk menjimatkan masa dan ia tidak akan mengganggu persidangan kerana masih mengikut peraturan Dewan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS