Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan masih belum kenal pasti Red Bean Army

PARLIMEN Kerajaan masih belum mengenal pasti identiti kumpulan tentera siber "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP, akui timbalan menteri komunikasi dan multimedia hari ini.

NONE Jailani Johari ( kanan ) bagaimanapun berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa kumpulan itu ditaja oleh pembangkang.

Dalam sesi soal jawab Parlimen hari ini, beliau juga berkata, kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih menyiasatnya.

Sebelum ini, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanya kementerian berhubung tindakan terhadap pasukan itu.

Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) bertanya sama ada kerajaan akan menggunakan standard sama dalam menyiasat dakwaan beberapa penulis blog yang pada tahun lalu bahawa anak ketua menteri Pulau Pinang mencabul seorang pelajar wanita.

Dakwaan itu kemudiannya terbukti tidak benar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS