Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Kenapa DAP melenting seperti hilang akal?
Diterbitkan:  Jul 4, 2013 12:50 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Penafian keras pemimpin popular DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu terlibat dengan kegiatan sekumpulan tentera siber yang dikenali sebagai "Red Bean Army" hanya menguatkan persepsi terdapat penglibatan mereka, dakwa sebuah gabungan NGO.

NONE Dalam kenyataannya hari ini, Gabungan NGO Islam-Melayu berkata, sebagai parti yang wujud lebih empat dekad, DAP sepatutnya menunjukkan kematangan politik dan sikap terbuka.

"Adakah cadangan siasatan terhadap kaitan DAP dengan Red Bean Army sebenarnya telah menyentuh raw nerve (reaksi emosi) parti itu sehingga (mereka) meminta perdana menteri campur tangan untuk menghalang cadangan kami diterima pihak kerajaan?" soal gabungan itu.

"Namun apabila ada pihak yang menyentuh mengenai dakwaan pembabitan DAP dengan Red Bean Army mengapa pula parti itu bersikap hipokrit dan melenting seperti orang hilang akal?"

Gabungan NGO Islam-Melayu kelmarin menggantar memorandum kepada Menteri Di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bimbang kegiatan itu mengundang perpecahan masyarakat, perselisihan kaum dan menjejas ketidakstabilan politik.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh pengerusi satu NGO yang mendakwa mewakili kumpulan wartawan, Dzulkarnain Taib, yang juga bekas editor akhbar PKR Suara Keadilan.

Pada Jun 27 lalu, Lim yang juga anggota Parlimen Gelang Patah berkata, dakwaan mengenai kewujudan Red Bean Army helah Umno yang direka bagi mencari dana untuk aktivis siber mereka sendiri.

Ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, Lim berkata, dakwaan itu tidak benar dan DAP tidak pernah menghabiskan walau satu sen untuk membiayai kumpulan itu.

Beliau juga mendakwa, terdapat laporan yang menyebut, beberapa orang dalam Umno meminta RM250 juta untuk melawan Red Bean Army, tetapi sebenarnya bertujuan memperkayakan diri sendiri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS