Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias berkata secara prinsipnya beliau menolak cadangan untuk mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri itu, jika perkara itu diusulkan.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas hari pertama sidang DUN Selangor Shamsuddin berkata penolakan itu dibuat kerana tawaran itu dibuat "bersyarat" apabila jawatan yang sama diberikan kepada pambangkang di Parlimen.

"Tadi ada wartawan tanya saya, (perkara itu) belum (dibentangkan), akan dibuat usul. (Bila) masa ada perbahasan nanti, saya ambil laluan. Saya akan memberi kenyataan seperti yang saya nyatakan.

"Pada prinsipnya saya menolak, kerana dia bersyarat. Speaker ada sebut, kata suruh kita terima jawatan itu tapi dengan bersyarat. Dia buat reformasi di Selangor ini... Dia juga nak beri di parlimen beri juga kepada pembangkang.

"Ini cerita lama. Dalam penggal lepas, dia tawar perkara yang sama. Saya lihat ini satu muslihat, saya tidak bersetuju," katanya.

Beliau yang juga ADUN Sungai Burong mempersoalkan tawaran tersebut dengan bersyarat dan sepatutnya diberikan sepenuh kuasa kepada pengerusi PAC.

"Kalau nak beri kenapa nak letak syarat, kalau nak beri, beri sajalah... Kalau nak, beri betul-betul, berilah kuasa sepenuhnya.

"Kalau dia (kerajaan negeri) rasa ini reformasinya, supaya rakyat lihat lebih telus daripada BN, sepatutnya dia buat macam tu," katanya.

Menurutnya lagi, jika beliau menjadi pengerusi PAC tetapi beliau tidak dapat membuat keputusan memandangkan jawatankuasanya terdiri berdasarkan wakil parti yang dipilih.

"(Kalau) dulu ikut ratio, sekarang tak tahu. Kalau dulu dua (wakil BN). Kita tak ada majoriti ahli (dalam PAC). Jadi kamu tak boleh keputusan... Ia mesti berdasarkan kepada wakil.

"Tak ada maknalah... Nanti keputusan, dia overruled, kita kena ikut keputusan ramai," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS