Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM: Buka semula jalan, bukan tutup Jonker Walk
Diterbitkan:  Jun 26, 2013 11:16 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk menghentikan operasi perniagaan di Jonker Walk seperti yang dibangkitkan ADUN Kesidang Chin Choon Seong.

NONE Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memutuskan untuk membuka semula jalan di sekitar kawasan pasar malam tersebut yang sebelum ini ditutup pada waktu malam setiap hujung minggu, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

“Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.

“Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Malah, ada pengguna jalan raya yang mendakwa terpaksa mengharungi kesesakan selama empat jam untuk perjalanan dari plaza tol Ayer Keroh ke bandar Melaka, katanya.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS