Anggota jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad menyokong penuh kenyataan mursyidul am parti Islam itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang sebarang usaha untuk mengadakan 'muzakarah perpaduan' dengan Umno.
Ketika spekulasi bahawa idea itu masih diteruskan dalam diam, Dzulkefly berkata, PAS harus "kekal di luar Umno" untuk menjadi agen semak dan imbang dalam politik negara.
"PAS dan Umno harus wujud sebagai entiti yang terasing ekoran keperluan kualiti semak dan imbang untuk kebaikan negara ini. Perpaduan Melayu dan Islam tidak bermaksud dua pihak mesti berada dalam organisasi yang sama," katanya.
"Sudah tentu kamu mahu mengukuhkan Melayu dan kedaulatan Islam, tetapi 'perpaduan politik' itu mungkin membawa kezaliman dalam bentuk yang lain.
"Ia boleh mendorong berlakunya salah guna kuasa, yang salah menurut sebarang agama, termasuk Islam. Dua entiti berbeza akan menjadi semak dan imbang lebih baik."