Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harun: PAS terima keputusan PRU13, tiada lagi protes
Diterbitkan:  Jun 6, 2013 6:24 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Perbezaan dalaman PAS berhubung himpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat terus menghantui parti itu apabila Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

NONE Bagaimanapun, Harun memberitahu akhbar China Press bahawa PAS tidak akan menghalang PKR menganjurkan perhimpunan protes atau mengarahkan ahli parti itu supaya tidak menyertainya.

Beliau mengulas pengumuman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang, dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada Isnin bahawa Pakatan akan menganjurkan 'Black 505' pada 15 Jun bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya lalu.

Laporan itu memetik Harun sebagai berkata beliau tetap berpegang dengan pendiriannya bahawa PAS tidak akan menyertai himpunan seperti itu kerana parti itu telah menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka.

Katanya, Dewan itu tidak akan menyertai perhimpunan tersebut 15 Jun ini, sebaliknya memberi fokus kepada persiapan pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS