Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengasas Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Uthayakumar hari ini enggan mengemukakan pembelaannya ke atas pertuduhan kes hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau dituduh menerbitkan satu surat tersebut, yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, mendakwa masyarakat India di Malaysia telah dipinggirkan.

Surat itu juga menggesa kerajaan British supaya mengemukakan satu resolusi tergempar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengutuk "pembersihan etnik" yang didakwa berlaku di Malaysia.

Uthayakumar, seorang peguam, terus menolak apabila diberi peluang sebanyak dua kali untuk mengemukakan pembelaan dalam sidang mahkamah tersebut.

Katanya, beliau bertindak demikian antaranya sebagai tanda protes ke atas “dasar rasis” kerajaan Malaysia yang menjadikan golongan miskin India sebagai mangsa.

Beliau berkata demikian sebelum timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin membuat hujah terakhir di hadapan hakim  Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Kes berkenaan dijangka akan diputuskan di mahkamah pada jam 2.30 petang ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS